Puteri ayu ku :) |
Kuih Puteri Ayu
Bahan-bahan Adunan :
- 2 biji telur (gred b)
- 1 cawan gula kastor
- 2 cawan tepung gandum (diayak)
- 1 sudu teh baking powder (diayak)
- 1 cawan susu cair
- 1 sudu teh ovalette
- 2 sudu besar pewarna
- 2 sudu besar perisa
Bahan-bahan topping Kelapa :
- 1 biji kelapa parut (putih saja)
- 3 sudu besar tepung ubi
- 1 1/2 sudu teh garam
Cara-cara :
- Sediakan topping dia dulu. Campurkan semua bahan-bahan topping dan gaul mesra. Masukkan dalam acuan. Lynn letak 1 sudu besar topping untuk 1 acuan. Lepas tu tekan-tekan kelapa tu sampai padat. Susun dalam pengukus cantik-cantik.
- Pukul telur sampai kembang. Dah kembang baru masukkan gula dan pukul lagi adunan sampai betul betul kembang.
- Masukkan ovalette dan pukul lagi sampai sebati sampai tak nampak dah ketul-ketul ovalette.
- Bila dah sebati, boleh la masukkan bahan-bahan lain iaitu tepung, susu cair, perisa, pewarna. Pukul lagi adunan sampai semuanya sebati.
- Tuang adunan dalam bekas acuan yg ada topping kelapa tadi. Macam Lynn tuang agak agak sikit lagi nak penuh tapi jangan penuh sangat sebab nanti dia mengembang masa kukus.
- Kukus selama 20 minit api perlahan. Alas penutup pengukus dengan kain supaya air tak menitik atas kuih masa buka penutup nanti. Api jangan kuat ye.. nanti pecah dah jadi apam merekah pulak.
Pesanan :
- Sapu minyak/majerin pada acuan sebelum letak inti kelapa & adunan supaya tidak melekat masa nak keluarkan kuih dari acuan. Macam Lynn sapu minyak jagung je sebab majerin takde. Tapi kalau acuan tu dalam dia licin, tak sapu minyak pun takpe. Senang je keluarkan.
- Kalau tak ada susu cair pakai santan pun boleh.
- Kalau nak pakai paste pandan asli tu pun boleh buat sendiri.. ambik daun pandan lepas tu blend dan tapis air dia. Lagi wangi!
- Kalau boleh jangan guna gula pasir biasa tu sebab teksture dia kasar, susah nak larut. Tapi kalau dah takde sangat, blend la dulu gula tu bagi halus ye.
Makan waktu petang sambil minum air kopi.. MMM sedapnya.. hihi.. Selamat mencuba ye!
No comments:
Post a Comment